Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nokia 8 Sirocco, 7 Plus Dan 6 (2018) Dilancarkan Dengan Sistem Operasi Android One

Nokia telah melancarkan tiga peranti baru yang menggunakan Android One di MWC hari ini. Sebelum ini Android One hanya digunakan pada peranti kelas pertengahan tetapi dengan pengumuman hari ini, peranti utama juga boleh menggunakan sistem operasi ini. Nokia turut mengesahkan kesemua peranti mereka dari Nokia 3 dan ke atas akan menggunakan sistem operasi ini.

Kita mulakan terlebih dahulu dengan Nokia 8 Sirocco yang dilengkapi skrin 5.5″ P-OLED QHD+, dijana pemproses Snapdragon 835, memori sebesar 6GB RAM dan storan sebesar 128GB. Paling menarik mengenai Sirocco ialah rekaan permukaan baru dwi-lengkung pada bahagian hadapan serta belakang. Penggunaan lensa Zeiss pada kamera dikekalkan.

Dengan penggunaan panel kaca, Sirocco juga menyokong pengecasan tanpa wayar menggunakan format Qi. Tambahan lagi peranti ini mempunyai ketahanan kalis air IP67. Nokia 8 Sirocco akan dijual bermula April pada harga €749 (~RM 3608) sebuah.

Seterusnya ialah Nokia 7 Plus yang dilengkapi skrin 6″ FHD+, dijana pemproses Snapdragon 660 dan memori sebesar 4GB RAM. Sistem dwi-kamera 12+13 Megapixel digunakan pada bahagian belakang dengan zoom optikal 2X serta lensa Zeiss. Kamera swafoto pula sebesar 16-Megapixel.

Panel belakang Nokia 7 Plus ialah logam dengan catan enam lapisan yang membuatkannya kelihatan seperti permukaan seramik. Kekuatan peranti ini ialah hayat bateri yang dikatakan mampu bertahan sehingga dua hari dengan sekali cas. Nokia 7 Plus akan dijual bermula April pada harga €399 (~RM 1922) sebuah.

Akhir sekali ialah Nokia 6 (2018) yang dilengkapi skrin 6″ FHD+, dijana pemproses Snapdragon 630 dengan tubuh yang diperbuat sepenuhnya dari logam aluminium. Teknik kemasan baru memberikan waran tubuh dua tona yang tampak lebih bergaya berbanding model tahun lalu.

Kamera utama kini menggunakan lensa Zeiss dan peranti ini akhirnya menyokong sistem pengecasan pantas. Turut disokong ialah mod kamera Bothie.  Nokia 6 (2018) akan dijual bermula April pada harga €279 (~RM 1344) sebuah.

Ketiga-tiga kamera akan menggunakan aplikasi kamera baru Pro Camera. Jika anda lihat antaramukanya, ia adalah sama seperti yang ditemui pada peranti Lumia sebelum ini. Dengan Pro Camera terdapat lebih banyak kawalan manual bagi membolehkan gambar diambil dengan lebih cantik. Bagi pengguna Nokia 8 sedia ada, Nokia mempunyai perancangan memberikan Pro Camera pada peranti anda.

Sedang dikemaskini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nokia 8 Sirocco, 7 Plus Dan 6 (2018) Dilancarkan Dengan Sistem Operasi Android One"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info