Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Markah Penanda Aras Exynos 9810 Lebih Tinggi Dari Snapdragon 845 Tetapi Di Belakang A11 Fusion

Seperti tahun lalu, Samsung Galaxy S9 dan S9+ akan diperkasakan oleh dua pemproses berbeza mengikut lokasi ia dipasarkan. Tahun ini pemproses Exynos 9810 dan Snapdragon 845 akan digunakan. Markah penanda aras Geekbench untuk Exynos 9810 untuk Galaxy S9 telah tertiris ke arena web dan ia lebih tinggi berbanding Snapdragon 845.

Dalam ujian satu teras ia mencatatkan 3648 markah manakala dalam ujian multi-teras pula ia mencatatkan 8894 markah. Sebagai perbandingan Snapdragon 845 mencatatkan 2422 markah dalam ujian satu teras dan 8351 dalam ujian multi-teras.

Pemproses paling berkuasa pada telefon pintar masih dipegang oleh Apple A11 Fusion yang mencatatkan 4188 markah dalam ujian satu teras dan 10069 dalam ujian multi-teras.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Markah Penanda Aras Exynos 9810 Lebih Tinggi Dari Snapdragon 845 Tetapi Di Belakang A11 Fusion"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info