Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo Membuka Kedai Konsep Legion Pertama Malaysia Di Digital Mall Petaling Jaya

Lenovo ialah sebuah jenama komputer dan laptop yang cukup terkenal sekali di Malaysia dan di dunia. Mereka bukan sahaja hadir dengan peranti-peranti yang dibina khusus untuk kerja dan tugas seharian, tetapi juga komputer-komputer yang dibina khusus untuk golongan gamer dan peminat komputer melalui jenama gaming Lenovo Legion mereka.

Untuk memuaskan kehendak gamer yang mahu menguji komputer dan laptop gaming sebelum membuat keputusan untuk membeli peranti yang baru, Lenovo hari ini membuka kedai konsep Legion pertama di Malaysia, yang terletak di pusat membeli-belah barangan digital Digital Mall di Petaling Jaya.

Kedai konsep tersebut, yang dikatakan mempunyai keluasan 930 kaki persegi merumahkan pelbagai komputer, laptop dan peranti yang hadir dengan jenama Legion seperti laptop Lenovo Legion Y520, Lenovo Legion Y720 dan sebagainya.

Bagi mereka yang ingin mencuba laptop-laptop dan komputer-komputer ini sebelum membelinya, kedai konsep Legion ini hadir dengan empat stesen gaming dan sebuah stesen realiti maya yang hadir dengan peranti realiti maya dari Lenovo sendiri yang berdasarkan peranti Microsoft HoloLens.

Bermula 1 Februari hingga 31 Mac 2018, para pelanggan Lenovo berpeluang mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM508 termasuklah:

  • Tetikus gaming Lenovo M200 dan pad tetikus dengan pembelian Lenovo Legion Y520
  • Beg galas berperisai dan tetikus gaming Lenovo M200 dengan pembelian Lenovo Legion Y720
  • Beg galas berperisai, fon kepala gaming stereo Lenovo Y, tetikus gaming Lenovo Y dan pad tetikus dengan setial pembelian Lenovo Legion Y920


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo Membuka Kedai Konsep Legion Pertama Malaysia Di Digital Mall Petaling Jaya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info