Di acara CES tidak lama dahulu, AMD menyatakan bahawa cip pemprosesan APU untuk desktop mereka yang dinamakan AMD Ryzen 2000 bakal hadir di pasaran tidak lama lagi dan juga telah disahkan bahawa ia boleh digunakan dengan papan induk siri AM4 terbaru.
Hari ini, pihak ASUS mengumumkan bahawa mereka telah hadir dengan kemaskini BIOS baru yang membolehkan pengguna-pengguna platform tersebut memasang APU tersebut tanpa sebarang masalah.
Menurut ASUS, siri-siri papan induk yang boleh dikemaskini termasuklah papan induk ASUS X370, B350 dan A320 dan kemaskini tersebut boleh dipasang menggunakan USB BIOS Flashback ataupun perisian EZ Flash 3.
Diantara model-model papan induk yang boleh memuat-turun kemaskini ini termasuklah:
Bagi mereka yang menggunakan papan induk AM4 dengan CPU AMD Ryzen dan ingin memuat-turun kemaskini BIOS untuk APU AMD Ryzen 2000 ini boleh melakukannya di laman web mikro ASUS.
Muat-turun kemaskini AMD Ryzen 2000 untuk papan induk ASUS
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemaskini BIOS ASUS Terbaru Membolehkan Papan Induk AM4 Menyokong APU AMD Ryzen 2000"