Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Imej Pengolokan Huawei P20 Dan P20 Plus Tertiris Mengesahkan Penggunaan Skrin Bertakuk

Semasa pelancaran Huawei MediaPad M5 semalam, CEO Huawei Richard Yu dengan berani mengatakan telefon pintar P20 keluaran mereka adalah lebih baik berbanding pesaing. Tidak seperti pengeluar lain, Huawei hanya akan melancarkan telefon pintar utama mereka pada bulan hadapan.

Hujung minggu lalu imej pengolokan bahagian hadapan untuk P20 dan P20 Plus telah tertiris ke arena web. Ia mengesahkan kewujudan takuk pada bahagian atas skrin seperti iPhone X. Tetapi takuk pada peranti-peranti Huawei ini adalah lebih kecil.

Turut kelihatan ialah P20 Plus tidak akan mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian hadapan berbanding P20. Takuk yang digunakan menyamai rekaan yang tertiris tahun lalu. Apakah pendapat anda mengenai “muka” Huawei P20 ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Imej Pengolokan Huawei P20 Dan P20 Plus Tertiris Mengesahkan Penggunaan Skrin Bertakuk"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info