Google sebelum ini telah memperkenalkan format web dinamakan AMP atau Accelerated Mobile Pages dalam usaha menawarkan paparan web dengan pantas dan ringan kepada pengguna peranti mudah-alih.
Google menjayakan perkara ini dengan membuang keperluan pelbagai skrip dan kod yang tidak penting – dan hanya memfokuskan kepada beberapa komponen utama sahaja.
Hari ini, Google telah pun mengumumkan beberapa kemaskini untuk projek AMP ini, dimana selain pengenalan AMP Stories, Google kini turut mengatakan akan membawa teknologi berkenaan ke GMail.
Dengan integrasi ini, pembangun web boleh menghasilkan emel yang lebih interaktif kepada pengguna atau penerima – berbeza dengan hari ini. Ini juga akan membolehkan penerima emel dengan integrasi AMP ini melakukan pelbagai perkara tanpa perlu meninggalkan klien emel GMail.
Google baru sahaja mengumumkan integrasi ini hari ini, dan ia masih pada peringkat ujian. Implementasi menyeluruh pada GMail dijangka diperkenalkan kelak pada tahun ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Akan Mengintegrasikan Penggunaan AMP Pada GMail"