Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Menguji Ciri “Undi-Turun” Pada Komen

Facebook pada tahun ini mengatakan akan memfokuskan kepada interaksi yang bermakna pada platform sosial mereka, dan salah satunya semestinya dengan mengawal bahagian komen pada perkongsian awam. Kini, selari dengannya, Facebook menguji sebuah ciri baru yang dinamakan “Downvote” pada komen.

Ciri ini diuji dikalangan segelintir kecil pengguna di Amerika Syarikat. Melaluinya, pengguna boleh “Downvote” sesuatu komen dan memberikan sebab untuknya – sama ada ia “Lari-Topik”, “Berbentuk Menyerang”, atau “Tidak Tepat”.

Melalui ujian ciri baru ini, Facebook ingin lebih memahami bagaimana sesuatu komen dipaparkan dan mengalakkan lagi interaksi dikalangan komuniti.

Dengan Facebook yang lebih memfokuskan kepada perkongsian daripada rakan dan ahli keluarga pada News Feed tahun ini, mereka turut melihat kepada beberapa kaedah dalam mengalakkan interaksi bermakna dan positif – dan ini adalah salah satu ujian yang selari dengannya.

Ia tidak diketahui lagi sama ada gergasi laman sosial ini akan memperkenalkan ciri ini secara meluas kepada semua atau ini sekadar ujian ringkas sahaja.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Facebook Menguji Ciri “Undi-Turun” Pada Komen"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info