Oppo Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana telefon pintar terbaru mereka Oppo A83 akan hadir ke pasaran tempatan pada 23 Januari 2018 kelak.
Oppo A83 sebelum ini telah diperkenalkan pada penghujung Disember 2017 lepas, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan HD+, dilengkapi cip MediaTek Helio P23, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 32GB.
Telefon pintar ini hadir dengan kamera belakang 13-megapixel, serta kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkannya juga adalah sokongan Beauty Mode dengan AI, selain pengimbas wajah untuk nyah-kunci peranti.
Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi dan mungkin dikongsikan Oppo Malaysia pada 23 Januari 2018.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo A83 Akan Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada 23 Januari 2018"