Sembang Maniac

Sembang-sembang je

oBike Memulakan Perkhidmatan Penghantaran Menggunakan Basikal Di Singapura – oBike Flash

Pada hari ini, terdapat beberapa perkhidmatan penghantaran barangan menggunakan motosikal dan sebagainya. Memasuki pasaran yang sama, tetapi menggunakan basikal, kini oBike memulakan perkhidmatan penghantaran barangan mereka menggunakan basikal di Singapura, dinamakan oBike Flash.

Melalui oBike Flash, mereka menyasarkan untuk sokongan penghantaran dokumen dan barangan bersaiz kecil serta makanan melaluinya. oBike menjanjikan penghantaran dalam tempoh kurang 2 jam melalui oBike Flash ini.

Untuk menggunakan oBike Flash, pengguna di Singapura boleh memuat-turun aplikasi oBike, dan memilih penghantaran melalui tab oBike Flash. Sementara selain daripada itu, pengguna yang berminat menjadi penghantar turut boleh mendaftar sebagai oBike Flashman.

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di Singapura sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperluaskan ke negara-negara lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "oBike Memulakan Perkhidmatan Penghantaran Menggunakan Basikal Di Singapura – oBike Flash"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info