Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan kerjasama bersama Microsoft untuk menggunakan teknologi bertaraf dunia untuk memantapkan konsep TVET (Technical and Vocational Education and Training) melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) di seluruh Malaysia.
Kurikulum Microsoft Imagine Academy akan diterapkan kepada lapan daripada institut ILKBS ini secara berkala bermula pada tahun 2018 sehinggalah tahun 2020 untuk menyediakan para belia di Malaysia untuk Revolusi Perindustrian 4.0.
Gabungan KBS dan Microsoft ini dilihat sebagai sebuah pemangkin untuk memastikan bahawa golongan belia kita bersedia untuk kareer di masa hadapan yang dilihat bakal sentiasa berubah. Pusat-pusat vokasional yang terlibat didalam kerjasama ini termasuklah IKTBN Sepang, IKTBN Dusun Tua, IKTBN Bukit Mertajam, IKTBN Pagoh, IKTBN Chembong, IKBN Jitra dan IKBN Miri.
Fasa pertama bakal bermula pada bulan Februari, dan subjek-subjek yang bakal diperkenalkan termasuklah Data Science Pathway, Computer Science Pathway, Cloud Fundamentals, Mobility & Devices Fundamentals Dan Security Fundamentals.
Fasa kedua pula akan hadir pada bulan Julai kelak, dan disini, murid-murid akan didedahkan kepada kursus-kursus dalam talian Live Sessions dan juga perisian 3D. Pada tahun 2019, Institusi-institusi ini akan melihat pembelajaran cara-cara menggunakan peralatan Industri 4.0 melalui Smart Factory module seperti CNC Machining, Smart Machine Control Dan juga Online Monitoring & Supervision untuk perIndustrian mekanikal.
Untuk fasa keempat ini, mesin-mesin dan perkakasan di IKTBN Sepang, Pagoh, Jitra dan Miri akan diperbaiki dan dimuatkan dengan teknologi-teknologi Revolusi 4.0 untuk tujuan pembelajaran tersebut.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin, Digital ILKBS ini dilihat bakal memanfaatkan 10000 belia dalam masa 3 tahun selepas kerjasama ini dimulakan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "KBS Dan Microsoft Ingin Memperkasakan ILKBS Dengan Kurikulum Berlandaskan Revolusi Industri 4.0"