Huawei pada tahun lepas telah memperkenalkan Huawei P10 secara rasminya pada acara tahunan MWC 2017. Kini, dengan acara tahunan berkenaan menjelang tiba kembali, pelbagai spekulasi hadir – dan ia kini dilaporkan Huawei mungkin sedikit menangguhkan pengenalan peranti mereka, dan Huawei P20 mungkin tidak diperkenalkan pada MWC 2018.
Ia dikatakan Huawei mungkin melancarkan telefon pintar utama mereka yang seterusnya itu sekitar Mac atau April kelak.
Apakah yang akan dibawakan olehnya masih menjadi tanda tanya, tetapi desas-desus sebelum ini mengatakan ia mungkin menyertakan tiga kamera pada bahagian belakang.
Bercakap mengenai MWC 2018 sendiri, buat masa ini hanya Samsung yang mengesahkan Galaxy S9 dan Galaxy S9+ akan diperkenalkan pada acara berkenaan. LG turut dikatakan mungkin menangguhkan pengenalan telefon pintar generasi baru mereka.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei P20 Mungkin Tidak Diperkenalkan Pada MWC 2018"