HTC kini hadir dengan tweet yang memperlihatkan mereka mungkin memperkenalkan HTC Vive generasi baru pada acara tahunan CES 2018 yang akan berlangsung mulai minggu hadapan.
Daripada gambaran yang diperlihatkan, HTC seumpama memberikan petanda ia akan menawarkan kadar resolusi yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.
Bagi yang tiadk mengenali akan HTC Vive, ia merupakan peranti realiti-maya daripada HTC yang menyokong SteamVR. Ia tidak diketahui generasi seterusnya ini adalah hanya HTC Vive Focus sebelum ini atau adalah peranti yang serba-baru.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan hari Isnin ini untuk mengetahui lanjut mengenainya.
#newyearsresolution #HTCVIVE http://pic.twitter.com/s29FcX8BPe
— HTC VIVE (@htcvive) January 5, 2018
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Mungkin Hadir Dengan HTC Vive Generasi Baru Pada CES 2018"