Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dron Berjaya Menyelamatkan Dua Perenang Dari Mati Lemas Di Australia

Penggunaan dron semakin meluas dan bertanggungjawab ke atas pembangunan beberapa teksi terbang.  Bermula dari penggunaan di medan perang, ia kemudian digunakan untuk pengambilan video dan kini digunakan secara komersial untuk penghantaran barang. Di New South Wales Australia, dua orang perenang telah berjaya diselamatkan dari lemas oleh sebuah dron.

Ini dipercayai adalah kali pertama dron digunakan untuk menyelamatkan nyawa manusia. The Ripper Dron milik pengawal pantai menjatuhkan pod pelampung kepada dua orang perenang yang dihanyutkan arus. Mereka kemudian berjaya berenang semula ke pantai sebelum diselamatkan pengawal pantai. Proses menyelamat hanya mengambil masa 70 saat berbanding beberapa minit sekiranya pengawal pantai manusia digunakan.

Dron ini mula digunakan Disember lalu bagi tujuan menyelamat, dan mengesan kemunculan jerung. Sebanyak A$430,000 (~RM 1.36 Juta) dibelanjakan ke atas dron yang membawa pelampung keselamatan, pembesar suara bagi memberikan amaran dan kamera ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dron Berjaya Menyelamatkan Dua Perenang Dari Mati Lemas Di Australia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info