Sembang Maniac

Sembang-sembang je

BlackBerry Memperkenalkan Jarvis – Memudahkan Pengeluar Kenderaan Mengenal-Pasti Masalah Sekuriti

Dengan arena kenderaan berhubung dan swapandu yang semakin popular, salah satu perkara yang turut menjadi kerisauan ramai adalah kerentanan sekuriti yang boleh membuat pelbagai perubahan dan mengawal kenderaan mereka. Kini, dalam usaha menguatkan dan menambah-baik lagi sekuriti pada kenderaan, hari ini BlackBerry mengumumkan penawaran sekuriti mereka yang baru dinamakan BlackBerry Jarvis.

BlackBerry Jarvis

Jarvis akan mengimbas kod yang dibangunkan syarikat automotif, dan seterusnya mengenal-pasti sebarang masalah dan kerentanan sekuriti. BlackBerry mengatakan imbasan dan keputusan boleh dilakukan dalam beberapa minit sahaja berbanding kebiasaan yang memakan berhari-hari.

Seperti biasa, syarikat automotif boleh melanggan perkhidmatan Jarvis ini, dan seterusnya menyesuaikan ia berdasarkan kepada keperluan dan perisian mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "BlackBerry Memperkenalkan Jarvis – Memudahkan Pengeluar Kenderaan Mengenal-Pasti Masalah Sekuriti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info