Sembang Maniac

Sembang-sembang je

AirAsia Hadir Dengan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri – BigPay

Sebelum ini, kita telah melihat beberapa perkhidmatan dompet digital dilancarkan syarikat tempatan. Terkini, AirAsia yang terkenal dengan tambang penerbangan rendah turut menawarkan perkhidmatan dompet digital tersendiri dibawah nama dan syarikat tersendiri – BigPay.

AirAsia BigPay

BigPay ditawarkan untuk peranti Android dan iOS hari ini. Melaluinya, anda boleh menghubungkan sehingga 10 kad debit atau kredit, dan menggunakannya untuk tujuan pembayaran. Anda juga turut boleh membekukan sesuatu kad terus melalui aplikasi berkenaan – amat berguna sekiranya kad fizikal anda hilang dan sebagainya.

Melalui BigPay juga, anda turut boleh memantau perbelanjaan dan melihat berapakah anda belanja, serta mengawalnya.

Bercakap mengenainya, melalui Tweet, Tony Fernandes turut mengatakan ia kelak akan menyokong pertukaran mata wang, dan berkemungkinan juga meminjamkan wang melaluinya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun BigPay ini hari ini, dan mencubanya sendiri.

Muat-Turun BigPay untuk Android

Muat-Turun BigPay untuk iOS



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "AirAsia Hadir Dengan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri – BigPay"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info