Model terkini Acer Swift 5 akhirnya memasuki pasaran Malaysia hari ini selepas ia diperlihatkan di Acer GPC Ogos tahun lalu. Dua model ditawarkan di Malaysia dengan pemproses Intel Core i7-8550U atau Core i5-8250U.
Spesifikasi lain komputer riba ini ialah skrin sesentuh 14″ IPS LCD HD penuh, memori sebesar 8GB RAM, storan 256GB SSD. kamera web HD dan bateri sebesar 36 Wh (4670 mAh). Bateri ini dikatakan mampu membekalkan kuasa sehingga 8 jam. Pilihan port pula ialah dua port USB-A 3.0 dan satu port USB-C 3.1.
Untuk model Intel Core i5 dijual pada harga RM 3799 manakala model Intel Core i7 dijual pada harga RM 4599.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Swift 5 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM 3799"