Sembang Maniac

Sembang-sembang je

TNB Ingin Mengambil-alih Syarikat Yang Menawar Perkhidmatan Internet Berkelajuan 1Gbps

Tenaga Nasional sedia mempunyai pegangan pada Fibrecomm yang menggunakan rangkaian transmisi elektrik TNB untuk komunikasi fiber optik. Kini, selain daripadanya, mereka terus mengukuhkan kedudukan dalam arena telekomunikasi dengan mengambil-alih Setia Haruman Technology Sdn Bhd (SHTech).

Untuk makluman, SHTech sebelum ini telah melancarkan perkhidmatan mereka di Cyberjaya, menawarkan rangkaian internet berkelajuan mencapai 1Gbps pada harga hanya RM399 sebulan.

Cyberjaya Broadband

Tenaga Nasinal mengambil-alih 100% pegangan pada Setia Haruman Technology Sdn Bhd pada harga mencapai RM28 juta ringgit.

Menurut TNB, melalui inisiatif strategik ini mereka akan mengukuhkan lagi kedudukan dalam arena teknologi, termasuk menawarkan perkhidmatan baru seperti meter pintar, rumah pintar, bangunan pintar, dan bandar pintar.

Buat masa ini, perkhidmatan Cyberjaya Broadband di bawah Setia Haruman Technology masih ditawarkan seperti biasa – membolehkan anda mendapatkan perkhidmatan 100Mbps pada RM129, 500Mbps pada RM259 dan 1Gbps pada harga RM399.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "TNB Ingin Mengambil-alih Syarikat Yang Menawar Perkhidmatan Internet Berkelajuan 1Gbps"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info