Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Selfitis – Ketagihan Mengambil Swafoto Kini Dikategorikan Sebagai Penyakit Mental

Ketagihan bermain permainan video baru sahaja dikategorikan sebagai penyakit mental oleh WHO awal minggu ini. Obsesi melampau permainan video ialah sesuatu yang benar dan perlu dipandang serius. Tetapi kini sebuah lagi penyakit mental telah dikenalpasti dan ia berkait rapat dengan ketagihan mengambil swafoto.

Chromebook SelfieSelfitis ialah nama yang diberikan kepada penyakit yang membuatkan individu ketagihan mengambil swafoto. Kajian yang dilakukan secara bersama oleh Thiagarajar School of Management in Madura, India, adan Nottingham Trent University in Nottingham, UK baru sahaja diterbitkan di dalam journal International Journal of Mental Health and Addiction

Terdapat tiga tahap kesiriusan Selfitis. Dalam kajian yang dilakukan 25.5% peserta kajian jatuh ke dalam kategori kronik. Agak mengejutkan lelaki didapati lebih terdedah kepada Selfitis berbanding wanita. Mereka yang menghidap Selfitis didapati mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah. Adakah anda atau mengenali sesiapa yang mungkin menghidap Selfitis?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Selfitis – Ketagihan Mengambil Swafoto Kini Dikategorikan Sebagai Penyakit Mental"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info