Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mentol Pintar HTC Boleh Mengesan Pengguna Terjatuh

Masalah terjatuh bagi golongan tua adalah masalah yang serius. Saban tahun ribuan warga tua terjatuh sehingga mengalami kecederaan yang serius seperti patah pinggul. Malahan terdapat kes warga tua meninggal dunia kerana kelaparan kerana tidak mampu bergerak selepas terjatuh. Oleh itu konsep mentol pintar HTC yang mampu mengesan pengguna yang terjatuh adalah amat menarik.

Menerusi paten yang difailkan, mentol pintar HTC mampu mengesan sekiranya pengguna terjatuh. Ia kemudian “melihat” sama ada mereka sedar ataupun tidak dengan menggunakan sensor pengesan pergerakan. Isyarat kecemasan kemudian boleh dihantar kepada keluarga. Penggunaannya paling sesuai di tandas di mana kebarangkalian warga tua terjatuh adalah tinggi.

Ia turut mempunyai fungsi sekunder yang mengingatkan pengguna supaya tidak duduk terlalu lama. Ini amat berguna di pejabat dan menggalakkan pekerja untuk tidak lupa untuk bergerak beberapa kali sepanjang hari.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Mentol Pintar HTC Boleh Mengesan Pengguna Terjatuh"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info