Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Korea Utara Melancarkan Perkhidmatan Penstriman Seumpama Netflix

Perkhidmatan penstriman video amat popular di kalangan pengguna peranti pintar kerana membolehkan mereka menonton rancangan kegemaran secara berterusan. Korea Utara bukanlah negara yang terkenal dengan kebebasan internet. Tetapi ini tidak menghalang dari ia melancarkan aplikasi penstriman video seumpama Netflix mereka sendiri.

Aplikasi My Companion 4.0 membolehkan penstriman filem, rancangan TV, membaca e-buku, berkaraoke dan memainkan permainan. Kesemuanya memenuhi syariat Juche yang menjadi pegangan hidup rakyat negara komunis ini. Di Korea Utara akses kepada internet adalah terhalang dan hanya boleh diakses oleh segelintir golongan elit. Penggunaan peranti pintar juga sudah berkembang dengan telefon pintar dan tablet buatan tempatan dengan bantuan teknologi dari China.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Korea Utara Melancarkan Perkhidmatan Penstriman Seumpama Netflix"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info