Ramai sedia maklum yang mana anda boleh mendapatkan barangan Apple melalui laman Apple Store Malaysia. Kini, selain daripadanya, sebuah laman pengedar rasmi turut dibuka di Lazada bagi memudahkan anda mendapatkan pelbagai barangan Apple dengan mudah melaluinya.
Anda boleh mendapatkan pelbagai variasi barangan, daripada Apple Watch, Macbook, iPhone, iPad dan sebagainya terus melalui laman berkenaan. Laman sehenti untuknya turut mengambil inspirasi daripada laman rasmi Apple.
Dari segi jualan dan penghantaran barangan, ia diuruskan terus oleh Lazada – sekaligus meningkatkan keyakinan pengguna dalam mendapatkannya. Disamping itu, penawaran terus melalui platform Lazada akan memudahkan pengguna membuat carian, serta menggunakan sejumlah kod diskaun ketika membeli barang.
Buat masa ini, laman ini masih belum beroperasi sepenuhnya, dan terdapat sejumlah barangan yang masih dilabelkan sebagai “Coming Soon”.
Layari : Apple Store di Lazada
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kini Anda Boleh Mendapatkan Barangan Rasmi Apple Melalui Lazada"