Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerjasama YouTube Baru Mengukuhkan Lagi Ura-Ura Perkhidmatan Penstriman Muzik Berbayar

Hanya dua minggu yang lalu yang kami melaporkan ura-ura YouTube akan melancarkan perkhidmatan penstriman muzik mereka sendiri. Hari ini Bloomberg melaporkan yang mana YouTube telah pun menandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman Universal Music Group dan juga Sony Music Entertainment.

Kedua-dua syarikat ini menyertai Warner yang juga sebelum ini menandatangani perjanjian yang sama. Persetujuan ini mengukuhkan lagi ura-ura kemungkinan YouTube akan melancarkan perkhidmatan penstriman muzik mereka seawal bulan Mac 2018.

Perjanjian-perjanjian ini juga memastikan bayaran royalti kepada artis akan dipertingkatkan dan pada masa yang sama kandungan yang melanggar hak cipta akan dibuang dengan lebih pantas.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kerjasama YouTube Baru Mengukuhkan Lagi Ura-Ura Perkhidmatan Penstriman Muzik Berbayar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info