Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerajaan UK Menjanjikan Sambungan Internet Jalur Lebar Kelajuan Tinggi Untuk Seluruh Rakyat Menjelang 2020

Sambungan Internet kini semakin dilihat sebagai keperluan, dan bukan sahaja sebagai satu kehendak kebelakangan ini. Kerajaan United Kingdom baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bakal menjadikan sambungan internet sebagai satu hak untuk setiap warganegara tersebut, dan akan memastikan bahawa setiap rumah di UK akan hadir dengan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Kerajaan UK berkata bahawa setiap rumah dibawah naungan UK, tidak kira di bandar besar ataupun di kawasan pinggiran semuanya berhak memiliki Internet jalur lebar, dan menetapkan bahawa menjelang tahun 2020, semua rumah di UK akan mempunyai sambungan jalur lebar berkelajuan 10Mbps.

Pelan ini bukanlah sesuatu yang baru, kerana melalui Digital Economy Act yang diluluskan pada awal tahun ini, dan juga Universal Service Obligation (USO), kerajaan UK pada mulanya menerima tawaran daripada British Telecom untuk menjalankan projek tersebut untuk memastikan 1.4 juta rakyat UK di kawasan pinggir bandar mempunyai sambungan internet.

Akan tetapi, kerajaan UK bercadang untuk menjalankan projek tersebut sendiri, dan akan merangka undang-undang untuk memastikan kawasan-kawasan tersebut mendapat sambungan internet jalur lebar 10Mbps menjelang 2020. Projek memasang kabel akan berjalan sejurus selepas undang-undang ini diluluskan pada tahun 2018 kelak.

Kerajaan Malaysia juga mempunyai pelan yang hampir sama yang dinamakan National Fiberization Plan yang sedang berjalan, dan akan menghubungkan ramai rakyat di kawasan luar bandar ke Internet menjelang 2019 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kerajaan UK Menjanjikan Sambungan Internet Jalur Lebar Kelajuan Tinggi Untuk Seluruh Rakyat Menjelang 2020"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info