Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Files Go Untuk Android Diberikan Nafas Baru

Google sebelum ini telah melancarkan aplikasi pengurusan fail dan dokumen mereka tersendiri ditujukan untuk peranti berspesifikasi rendah, dinamakan Google Files Go. Selepas mengujinya sejak bulan November lepas, kini Files Go ditawarkan dengan lebih meluas kepada pengguna umum.

Google Files Go

Terkini, hari ini Google telah mula menawarkan versi terbaru untuk aplikasi berkenaan dengan beberapa perubahan baru – termasuk penggunaan ikon baru dan juga antaramuka yang kini lebih ceria berbanding sebelumnya.

Bagi anda yang tidak mengetahui akan mengenai Files Go, ia merupakan salah satu aplikasi pengurusan fail, memudahkan anda mengosongkan ruangan pada telefon pintar, selain membolehkan anda menghantar dan menerima fail daripada peranti lain.

Sekiranya anda menggunakan telefon pintar Android, boleh memuat-turun aplikasi Files Go ini hari ini.

Muat-Turun Google Files Go untuk Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Files Go Untuk Android Diberikan Nafas Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info