Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Mencuba Penawaran Pengiklanan Yang Menghubungkan Terus Ke WhatsApp

Facebook merupakan salah satu platform pengiklanan popular, dimana ia digunakan secara meluas oleh pelbagai pihak untuk mengiklan secara digital. Kini, selain daripada penawaran pengiklanan biasa, Facebook turut telah memperkenalkan bentuk pengiklanan baru, iaitu “Klik-Ke-WhatsApp”.

Melaluinya, pengiklan boleh menambah sebuah butang dengan label “Send Message”, dan apabila ditekan, ia akan terus menghubungkan pengguna dengan penjual melalui WhatsApp.

Facebook WhatsApp

Facebook mengatakan ciri pengiklanan baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada para pengiklan di Asia, dan beberapa benua lain.

Dengan langkah ini juga, Facebook dilihat mengintegrasikan penawaran pengiklanan ke platform milik yang lain terus didalam Facebook.

Sebelum ini, gergasi sosial berkenaan turut telah memperkenalkan kebolehan mengiklan ke Instagram terus melalui Facebook. Mungkin dengan pengenalan butang “Klik-Ke-WhatsApp” ini, kita mungkin akan turut melihat beberapa kaedah integrasi lain tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Facebook Mencuba Penawaran Pengiklanan Yang Menghubungkan Terus Ke WhatsApp"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info