Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Zenfone Max Plus M1 Dengan Skrin 18:9 Akan Ditawarkan Pada Harga Bawah RM1000

Asus Malaysia sebelum ini telah mengatakan yang mana mereka akan menawarkan telefon pintar dengan skrin 18:9 ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Peranti yang dikenali dengan nama Pegasus 4S tu nampaknya akan dinamakan sebagai Asus Zenfone Max Plus M1 untuk pasaran tempatan.

Asus Zenfone Max Plus M1

Mengikut apa yang dikongsikan oleh Asus Malaysia, Zenfone Max Plus M1 ni akan menawarkan skrin bersaiz 5.7-inci pada badan bersaiz 5.2-inci. Ia turut dilengkapi sokongan nyah-kunci berasaskan pengecaman wajah, dan bateri berkapasiti 4130mAh.

Asus Malaysia turut mengatakan yang mana ia akan berharga bawah RM1000. Asus akan berkongsi lanjut mengenai telefon pintar ini pada 13 Disember 2017 ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Asus Zenfone Max Plus M1 Dengan Skrin 18:9 Akan Ditawarkan Pada Harga Bawah RM1000"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info