Pada bulan Jun 2017 yang lepas, Astro dan Karangkraf telah mengumumkan kerjasama untuk menubuhkan sebuah syarikat usahasama untuk membangunkan kandungan digital bagi pasaran Nusantara. Kini, selang beberapa bulan, mereka mengumumkan yang mana jumlah pelaburan untuknya adalah menghampiri RM200 juta.
Astro sendiri melalui pengumuman kewangan mereka yang terbaru mengatakan mereka melabur RM100 juta untuk pegangan sebanyak 51% pada syarikat usahasama baru ini.
Alhamdulillah termeterai sudah perjanjian penubuhan sebuah syarikat usahasama antara Astro & Karangkraf dengan modal permulaan sebanyak hampir RM200juta yg akan terlibat dalam bisnes pembinaan content digital untuk pasaran nusantara
— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) December 6, 2017
Kedua-dua syarikat kelak akan berkongsi IP dan kepakaran masing-masing dalam mengukuhkan kedudukan dalam arena digital – bukan setakat dalam bentuk teks, tetapi juga dalam bentuk video dan sebagainya.
Dalam arena penerbitan digital di Malaysia sendiri, pelbagai gergasi mula membuat pelaburan yang tinggi. MediaPrima sendiri membuat kejutan pada tahun ini dengan mengambil-alih RevAsia pada harga mencapai lebih RM100 juta. Disamping itu, beberapa syarikat lain turut telah mula memfokuskan pembangunan kandungan digital – termasuk dalam bentuk video. Dengan kemasukkan pihak Astro dan Karangkraf ini sendiri, kita mungkin akan melihat lebih banyak peserta dan persaingan sihat dalam arena ini pada 2018 kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Astro Dan Karangkraf Melabur Hampir RM200 Juta Untuk Pembangunan Kandungan Digital"