Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Airbnb Ingin Guna Teknologi AR Dan VR Dalam Mempertontonkan Bilik Dan Sebagainya

Airbnb merupakan salah satu perkhidmatan yang digunakan secara meluas oleh para pelancong untuk mendapatkan bilik untuk menetap sementara ketika berada di bandar atau negara lain. Kini, dalam usaha memudahkan lagi pengguna mengetahui dan melihat persekitaran bilik berkenaan, Airbnb dilihat menggunakan sokongan teknologi AR dan VR untuknya.

Airbnb AR

Melalui perancangan yang dikongsikan hari ini, Airbnb memperlihatkan kebolehan menggunakan teknologi AR dan VR dalam memudahkan pengguna mengetahui apakah dipersekitaran, dan bagaimanakah bilik yang disewa akan kelihatan. Untuk tujuan berkenaan, beberapa kaedah digunakan, termasuk imbasan 3D untuk rakaman dalam rumah atau bilik, selain penggunaan rakaman gambar 360-darjah untuk persekitaran bandar.

Ini sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan pengalaman awal terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tempahan di platform berkenaan.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal perancangan – dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum ia diimplementasi pada platform Airbnb.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Airbnb Ingin Guna Teknologi AR Dan VR Dalam Mempertontonkan Bilik Dan Sebagainya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info