Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Mungkin Sedang Membangunkan Peranti Dengan Kawalan Bingkai Seakan HTC Edge Sense

Edge Sense ialah sistem kawalan yang diperkenalkan pada HTC U11. Apabila peranti digenggam, aplikasi boleh dilancarkan dengan pantas. Fungsi ini kemudian muncul pada Google Pixel 2 yang baru sahaja dilancarkan. Inovasi ini mungkin kemudian akan ditemui pada peranti keluaran Xiaomi.

Android Police melaporkan seorang pengguna Xiaomi Mi 5 telah menemui tetapan tersembunyi pada peranti yang menggunakan MIUI 8.2.2. Dari skrin di atas ia menunjukkan kawalan Edge Controls yang membolehkan pengguna mengambil gambar atau menambatnya kepada kawalan back peranti.

Ini mungkin petanda terawal Xiaomi mungkin akan menyertakan fungsi kawalan bingkai pada peranti mereka. Sebagai pemilik U11, kami merasakan fungsi ini amat berguna untuk kegunaan harian.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Mungkin Sedang Membangunkan Peranti Dengan Kawalan Bingkai Seakan HTC Edge Sense"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info