Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Menawarkan Perkhidmatan Baik Pulih Percuma Kepada Mangsa Banjir Di Kedah Dan Pulau Pinang

Musibah banjir melanda negeri Kedah dan Pulau Pinang minggu lalu sehingga kini telah mengorbankan tujuh orang individu. Bagi yang terselamat, proses pembersihan pula terpaksa dilalui. Kerosakan terhadap harta benda pastinya menelan belanja puluhan ribu ringgit. Samsung cuba mengurangkan beban ini dengan menawarkan perkhidmatan baik pulih secara percuma kepada pelanggan yang menjadi mangsa banjir di  dua negara yang disebutkan tadi.

SamsungDua jenis perkhidmatan ditawarkan. Untuk barang yang mudah dibawa seperti telefon pintar, TV bawah 29″, ketuhar gelombang mikro dan sistem audio, pelanggan boleh menghantarnya terus ke pusat baik pulih Samsung di Pulau Pinang atau Kedah. Bagi barangan besar seperti mesin basuh, peti sejuk, pendingin hawa dan TV melebihi 32″ pelanggan perlu melakukan panggilan telefon terlebih dahulu sebelum juruteknik Samsung datang untuk melakukan pemeriksaan.

Samsung menyedari program ini akan dihujani ribuan produk perlu diperbaiki seterusnya masa yang diambil untuk membaikpulih adalah dijangka lebih lama dari biasa. Baik pulih percuma juga bergantung kepada kewujudan alat tukar ganti.

Pada waktu yang sama tawaran hanya diberikan kepada penduduk di Pulau Tikus, Bayan Lepas, George Town, Batu Ferringhi, Sungai Puyu, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Butterworth, Juru dan Kampung Masjid sahaja setakat ini. Senarai akan dikemaskini mengikut maklumat dari pihak berwajib. Untuk maklumat lebih lanjut sila ke pautan di bawah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Menawarkan Perkhidmatan Baik Pulih Percuma Kepada Mangsa Banjir Di Kedah Dan Pulau Pinang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info