Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rekan Dan Spesifikasi Honor V10 Tertiris Sepenuhnya – Setanding Huawei Mate 10 Pro

Pelancaran Honor V10 akan berlangsung di China dalam masa kurang dua minggu. Kita sudah mengetahui bahawa peranti ini mempunyai rekaan nirbingkai. Hari ini spesifikasinya telah tertiris selepas peranti memasuki pangkalan data TENAA di China.

Honor V10 akan dilengkapi skrin nirbingkai 5.99″ IPS LCD FHD+, dijana pemproses Kirin 970, memori sebesar 6GB RAM dan storan 64GB. Dwi-kamera utama menggabungkan sensor 16+20 Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 13-Megapixel. Sebuah bateri sebesar 3750 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang dipercayai akan menggunakan Android Oreo dengan pelancar EMUI 8.0

Tidak seperti Mate 10 dan Mate 10 Pro, Honor V10 tidak akan mempunyai sistem kamera dengan lensa Leica. Ia juga dipercayai tidak mempunyai kemampuan kalis air. Tetapi dari segi spesifikasi ia hampir setanding dengan sebuah Mate 10 Pro.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekan Dan Spesifikasi Honor V10 Tertiris Sepenuhnya – Setanding Huawei Mate 10 Pro"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info