Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengguna Maxis Dan Hotlink Kini Boleh Menggunakan Bil Telekomunikasi Untuk Pembelian AppStore Dan iTunes

Selepas Celcom, U Mobile dan Digi memperkenalkan sokongan pembelian kandungan menggunakan bil telekomunikasi, kini hari ini Maxis turut mengumumkan sokongan sama untuk pengguna Maxis dan juga Hotlink.

Kini, anda boleh menggunakan akaun prabayar atau pascabayar untuk melakukan pembelian kandungan di App Store, Apple Music dan juga iTunes. Langkah ini sekaligus lebih memudahkan pengguna, dan tidak perlu risau ketiadaan kad kredit untuk membeli kandungan.

Maxis Carrier Billing

Anda boleh melakukan pembelian menggunakan bil telekomunikasi dengan memilih “Carrier Billing” pada pilihan pembayaran, dan anda akan dicaj menggunakan kredit pada prabayar atau dibilkan pada bil pascabayar bulanan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pengguna Maxis Dan Hotlink Kini Boleh Menggunakan Bil Telekomunikasi Untuk Pembelian AppStore Dan iTunes"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info