Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pakej Unifi Edu Hanya Ditawarkan Terhad Sehingga 31 Disember 2018

Telekom Malaysia sebelum ini telah mula menawarkan pakej khusus untuk para pelajar, dinamakan Unifi Edu. Terkini, melalui laman FAQ yang disediakan oleh TM, ia diketahui yang mana pakej ini hanya akan ditawarkan sehingga 31 Disember 2018 kelak.

Unifi Edu

Melalui pakej Unifi Edu, sesiapa yang belajar di universiti dan berumur dibawah 25 tahun boleh melanggan pakej ini. Pakej yang ditawarkan berharga bermula RM99 untuk 10Mbps, dan ia ditawarkan sehingga pilihan kelajuan 100Mbps. Pakej Unifi Edu turut menyertakan panggilan percuma 600Mbps, selain akses kepada wifi@unifi.

Selepas tarikh 31 Disember 2018, tiada pendaftaran baru untuk pakej Unifi Edu yang akan diterima oleh Telekom Malaysia (melainkan mereka memilih untuk melanjutkan penawarannya).

Untuk pengguna yang mendaftar pakej ini pula, mereka akan ditawarkan dengan harga langganan diskaun Unifi Edu selama 24 bulan – dan selepas itu, harga akan diubah dan ditingkatkan seperti penawaran harga pakej Unifi biasa.

Unifi Edu



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pakej Unifi Edu Hanya Ditawarkan Terhad Sehingga 31 Disember 2018"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info