Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lazada Kini Turut Menjual Kereta Melalui Laman E-Dagang Mereka

Lazada merupakan salah satu laman e-dagang terkemuka di Malaysia, dan menjadi tumpuan ramai untuk mendapatkan pelbagai barangan daripada gajet, sehinggalah kepada barangan runcit.

Terkini, bersempena dengan jualan penghujung tahun Lazada, mereka kini turut dilihat akan menawarkan sejumlah 12 kereta untuk dibeli melalui platform mereka. Perkara ini dijayakan oleh Lazada hasil kerjasama dengan Volkswagen.

Lazada Volkswagen

Sejumlah 12 Volkswagen Beetle edisi terhad ditawarkan, dimana setiap satunya ditawarkan pada harga RM112,112. Sebanyak tiga variasi Beetle disediakan, iaitu Herbie 53 berwarna putih, Herbie 53 berwarna perak, dan juga Hot Bug berwarna merah.

Pengguna yang ingin membelinya, perlu membuat bayaran tempahan sebanyak RM5000, dan bakinya perlu dibayar kemudian.

Promosi ini dilakukan oleh Lazada dan Volskwagen sempena jualan hujung tahun 12.12 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lazada Kini Turut Menjual Kereta Melalui Laman E-Dagang Mereka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info