Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Instagram Stories Dan WhatsApp Status Kini Mempunyai 300 Juta Pengguna Setiap Hari

Instagram dan WhatsApp merupakan dua perkhidmatan yang dimiliki oleh Facebook. Hari ini, Mark Zuckerberg telah berkongsi beberapa statistik semasa, dan turut mengumumkan yang mana perkhidmatan perkongsian video dan gambar yang hilang selepas 24 jam di WhatsApp dan Instagram kini mempunyai 300 juta pengguna aktif setiap hari.

Ia memperlihatkan peningkatan positif dari bulan ke bulan.

Instagram Stories

Ciri ini pada awalnya telah dipopularkan oleh Snapchat, dan mula diintegrasikan oleh Facebook pada pelbagai perkhidmatan mereka selepas itu. Dengan capaian angka baru ini, ia sekaligus meletakkan Instagram Stories dan WhatsApp Status – masing-masing mempunyai hampir dua kali ganda pengguna Snapchat setiap hari.

Pada masa yang sama, Instagram kini turut dilaporkan mempunyai lebih 500 juta pengguna aktif setiap hari. Mungkin kerana lebih separuh pengguna Instagram setiap hari menggunakan ciri Instagram Stories berkenaan, maka lebih banyak ciri-ciri baru ditambah pada Instagram Stories berbanding platform berkenaan secara keseluruhan.

Sebelum ini juga, Instagram telah menambah ciri untuk berkongsi terus Instagram Stories terus ke Facebook Stories – lebih kurang sama seperti perkongsian gambar dan video daripada Instagram ke Facebook.

Bagi anda sendiri, adakah anda aktif menggunakan Instagram Stories dan WhatsApp Status ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Instagram Stories Dan WhatsApp Status Kini Mempunyai 300 Juta Pengguna Setiap Hari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info