Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor V10 Mungkin Dilancarkan 5 Disember Ini Dengan Pemproses Kirin 970 Dan Skrin Nirbingkai

Honor akan mengadakan acara khas pada 5 Disember hadapan di London. Imej acah peranti skrin nirbningkai telah dikongsi oleh mereka pada penghujung Oktober yang lalu. Kini ura-ura kedengaran antara peranti yang akan dilancarkan kelak ialah Honor V10. Ia sebuah peranti skrin nirbingkai 18:9 dan dijana pemproses Kirin 970 yang digunakan pada Huawei Mate 10.

Menurut laporan GizChina, Honor V10 dilengkapi skrin nirbingkai 6″ 18:9. dijana pemproses Kirin 970, memori sebesar 6GB RAM dan storan 64/128 GB. Kamera utama adalah sebesar 16+20 Megapixel. Peranti ini bakal menggunakan Android Oreo dengan pelancar EMUI 8.0. Pada waktu yang sama ia menyokong pengecasan pantas 22.5 W.

Dari spesifikasi ini, Honor V10 bakal menjadi Mate 10 versi lebih mampu milik. Huawei kerap kali menghasilkan versi mampu milik  peranti utama mereka dan menjualnya semula di bawah jenama Honor. Harga jualan peranti ini dijangka sekitar RMB 3000 (~RM 1915).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor V10 Mungkin Dilancarkan 5 Disember Ini Dengan Pemproses Kirin 970 Dan Skrin Nirbingkai"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info