Peperangan antara Qualcomm dan Apple kini berterusan. Apple hari ini telah memfailkan saman ke atas Qualcomm, mengatakan cip Snapdragon yang digunakan secara meluas oleh peranti Android didapati melanggar paten yang dimiliki oleh Apple.
Apple mengatakan mereka memiliki sebanyak lapan paten berkaitan jangka hayat bateri yang dilanggar oleh Qualcomm. Paten yang dilanggar adalah termasuk berkaitan bagaimana sesuatu bahagian pada cip pemprosesan yang hanya menggunakan tenaga minimum untuk beroperasi – selain mematikan bahagian pemprosesan yang tidak digunakan untuk menjimatkan bateri.
Apple mengatakan antara cip yang melanggar paten berkenaan adalah termasuk Snapdragon 800 dan juga Snapdragon 820.
Sebelum ini, Apple telah turut memfailkan saman ke atas Qualcomm kerana rangka pembayaran royalti yang berat sebelah, selain Qualcomm turut telah memfailkan saman balas ke atas Apple.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Memfailkan Saman Keatas Qualcomm Kerana Pelanggaran Paten Oleh Cip Snapdragon"