Saban tahun, pelbagai kejadian melibatkan kemalangan bas penumpang yang didengari. Kini, dalam usaha mengurangkan dan mengatasinya, kerajaan melalui Belanjawan 2018 mengumumkan yang mana mereka akan membangunkan sebuah sistem kawalan biometrik untuk memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspress.
Buat masa ini, ia tidak diketahui sepenuhnya berkaitan sistem biometrik yang ingin dibangunkan ini. Adakah ia lebih kepada berbentuk telemetrik untuk memantau keadaan pemanduan bas, atau lebih kepada memantau pemandu sendiri – seperti mengetahui keadaan semasa pemandu selain mencubit punggung pemandu sekiranya mereka tertidur.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM45 juta untuk tujuan ini, dan mungkin kita akan melihat ia diimplementasikan tidak lama lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sistem Biometrik Untuk Memantau Pemanduan Bas Ekspress Akan Dibangunkan"