Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rekaan Oppo F5 Tertiris – Rekaan Hampir Semua-Skrin Seperti Vivo V7+

Beberapa minggu yang lalu video yang memaparkan Oppo F5 telah tertiris ke arena web. Peranti ini mempunyai rekaan hampir semua-skrin dengan nisbah 18:9. Rekaan peranti ini sekali lagi tertiris dan kali ini lebih jelas. Sekilas pandang ia kelihatan seperti sebuah Vivo V7+ yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia.

Perbezaan terletak pada spesifikasi dan rekaan pengimbas cap jari. Dari maklumat yang tertiris, Oppo F5 akan dijana menggunakan pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 6GB RAM, storan 64GB dan bateri sebesar 4000 mAh. Peranti ini dijual sebagai peranti mesra selife dan memberikan petanda kamera hadapan yang bersaiz besar. Pengimbas jari pada bahagia belakang pula berbentuk bujur berbanding segi empat pada Vivo V7+.

Ia mungkin akan menjadi peranti alternatif kepada mereka yang merasakan Vivo V7+ kurang berkuasa kerana hanya dijana pemproses Snapdragon 450. Oppo F5 akan dilancarkan pada 26 Oktober di Filipina terlebih dahulu. Tidak diketahui sama ada ia akan memasuki pasaran Malaysia buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Oppo F5 Tertiris – Rekaan Hampir Semua-Skrin Seperti Vivo V7+"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info