Netflix sebelum ini telah mula menambah beberapa filem tempatan kedalam platform mereka, sekaligus memudahkan pengguna tempatan untuk menonton filem berbahasa Malaysia dengan mudah. Terkini, selain daripada filem berbahasa Malaysia, pihak Netflix juga dilihat telah mula menawarkan pilihan sarikata berbahasa Malaysia untuk beberapa filem.
Buat masa ini, daripada pengamatan kami, filem yang disokong dengan sarikata bahasa Malaysia adalah masih terhad dan tidak begitu banyak. Anda boleh menyemak pilihan sarikata untuk sesuatu filem dengan menekan butang kedua paling kanan, dan memilih bahasa Malaysia – sekiranya ditawarkan.
Terjemahan sarikata yang dipaparkan juga dilihat agak baik dan selari dengan apa yang diperkatakan pada filem.
Mungkin kita akan dapat melihat sokongan sarikata untuk lebih banyak rancangan dalam masa terdekat ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Netflix Mula Menawarkan Pilihan Sarikata Berbahasa Malaysia Untuk Beberapa Filem"