Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mingguan Amanz – AMD Ryzen Mobile, Kinect Tamat, Galaxy Studio KL

Minggu ini menyaksikan pihak Acer Malaysia melancarkan beberapa komputer riba baru untuk pasaran tempatan, termasuk Acer Spin 5 dan juga Acer Swift 3.

Disamping itu, Oppo pada minggu ini telah melancarkan Oppo F5 secara rasminya – dan dijangka melancarkan ia secara rasmi di Malaysia pada minggu hadapan. Ia hadir dengan fokus terhadap selfie, selain rekaan skrin hampir nirbingkai.

Di Malaysia, Asus Zenfone 4 telah dijual pada harga RM2099, dan Sony turut telah menawarkan Xperia XZ1 Compact pada harga yang sama.

Minggu ini juga sedikit mengejutkan kerana Kinect ditamatkan pengeluarannya – sementara teknologinya diintegrasikan pada Hololens, Windows Hello dan beberapa platform lain.

Dalam arena aplikasi, Instagram kini membolehkan anda Live bersama dua orang pada sesuatu masa, selain Telegram yang menawarkan sokongan sehingga 30,000 ahli dalam sesuatu Telegram Group.

Dan akhir sekali, Samsung Malaysia telah membuka Galaxy Studio di Kuala Lumpur sehingga bulan Januari 2018 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – AMD Ryzen Mobile, Kinect Tamat, Galaxy Studio KL"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info