Sering kali kita tampak ramai yang mengatakan mempunyai Ijazah Doktor Falsafah daripada sesuatu universiti di laman-laman sosial, dimana ada sesetengahnya menipu serta mengeluarkan komen-komen tidak tepat berkaitan sesuatu perkara. Selain daripada itu, tidak kurang juga beberapa jualan kelulusan akademik palsu di arena internet.
Kini, dalam usaha membendungnya, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi telah hadir dengan pangkalan data khusus yang menyenaraikan pelbagai penerima Anugera Ijazah Kehormat, Profesor Emeritus, Profesor Diraja dan juga Profesor Ulung.
Melalui pangkalan data yang disediakan, kini sesiapa sahaja boleh menyemak seseorang sama ada mempunyai kelulusan akademik berkaitan ataupun tidak. Ia juga secara tidak langsung akan memudahkan lagi para majikan untuk menyemak seseorang itu mempunyai kelulusan yang dinyatakan ataupun sebaliknya.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Daftar Nama Penerima PhD Di Institus Pendidikan Tinggi di Malaysia hari ini.
Layari : Penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran di Universiti Malaysia
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerajaan Kini Memudahkan Anda Menyemak Penerima PhD Di Universiti-Universiti Malaysia"