Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Menguji Pembahagian News Feed Antara Perkongsian Dari Rakan Dan Dari Pages

Facebook sering bereksperimen dengan pelbagai perkara baru pada laman sosial mereka – sekaligus mengumpulkan pelbagai maklumbalas sebelum memperkenalkannya pada peringkat global. Kini, selepas memperkenalkan Explore Feeds pada minggu lepas, terbaru Facebook menguji pembahagian News Feed kepada dua bahagian tab berbeza.

Yang pertama dan utama memfokuskan kepada perkongsian daripada rakan-rakan dan ahli keluarga – selain diselangi dengan perkongsian berbayar dan iklan. Tab yang kedua untuk News Feed pula dilihat memfokuskan kepada perkongsian daripada Pages yang diikuti oleh seseorang pengguna.

Facebook sedang menguji News Feed baru ini di beberapa negara, termasuk di Sri Lanka, Serbia, Kambodia, Guatemala, Slovakia dan Bolivia.

Pengenalan ciri baru ini membolehkan para pengguna berinteraksi dengan lebih dekat dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Walaubagaimanapun, ia dilihat memberikan impak negatif kepada capaian oleh Facebook Pages.

Secara tidak langsung, ia juga mengurangkan capaian kepada beberapa media digital – terutamanya kepada media yang sering menghasilkan artikel berbentuk tular yang dioptimasikan untuk perkongsian sosial. Memandangkan Facebook masih memperlihatkan perkongsian berbayar dan iklan pada News Feed utama – ia seperti memberikan idea yang Facebook meminta pemilik Pages untuk membayar bagi capaian yang lebih tinggi dikalangan pengguna.

Facebook mengesahkan yang mana mereka sedang melakukan ujian ini dalam memahami penerimaan pengguna. Buat masa ini, Facebook tidak merancang untuk memperluaskan ujian ini ke negara-negara lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Facebook Menguji Pembahagian News Feed Antara Perkongsian Dari Rakan Dan Dari Pages"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info