Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Video Acah Huawei Mate 10 Memperlekehkan Face ID iPhone X

Sebelum ini imej acah untuk Huawei Mate 10 meperlekehkan Samsung Galaxy Note 8. Tanda pagar #BeyondTheGalaxy digunakan bagi memberikan petanda peranti terkini mereka adalah jauh lebih baik berbanding peranti terkini Samsung. Kini mereka menghasilkan video acah baru yang memperlekehkan iPhone X pula.


Tanda pagar #RealAIPhone pula digunakan dengan video yang menunjukkan sistem imbasan wajah Face ID adalah sesuai digunakan oleh badut. Memperlekehkan peranti keluaran pengeluar ialah taktik yang kerap dilihat sekarang bagi mempromosikan produk. Nampaknya Huawei cukup yakin Mate 10 akan melangkaui iPhone X.

Cip pemproses Kirin 970 yang digunakan mempunyai cip NPU (neural processing unit) dengan tugas khas mengawal sistem kecerdasan buatan. Adakah Huawei Mate 10 akan melangkaui Galaxy Note 8 dan iPhone X? Jawapannya akan diketahui selepas ia dilancarkan pada 16 Oktober hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Video Acah Huawei Mate 10 Memperlekehkan Face ID iPhone X"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info