Huawei pada minggu ini telah memperkenalkan Huawei Maimang 6 di China, dan peranti berkenaan dijangka dipasarkan di Malaysia dibawah nama Huawei Nova 2i. Terkini, menurut laman Mdroid, peranti berkenaan dijangka dipasarkan di Malaysia pada harga RM1299.
Huawei Nova 2i ini dijangka hadir dengan skrin 5.9-inci yang menawarkan paparan pada nisbah 18:9, dilengkapi cip Kirin 659, memori 4GB RAM, dan ruangan storan sebesar 64GB. Peranti ini dijangka menggunakan dwi-kamera dibelakang mengabungkan lensa 16-megapixel dan 2-megapixel, selain dwi-kamera dihadapan untuk selfie dengan lensa 13-megapixel serta 2-megapixel.
Huawei Malaysia menyasarkan pelancaran perani ini pada 26 September ini. Sekiranya ia ditawarkan pada harga RM1299, tidak mustahil untuk kita melihat ia menerima perhatian ramai, serta mencabar beberapa peranti berharga dibawah RM1500 yang lain.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Huawei Nova 2i Dengan 4 Kamera Mungkin Dijual Pada Harga RM1299 Di Malaysia"