Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ubisoft Hadir Dengan Fon Kepala Bertemakan Assassin’s Creed Pada Harga Mencapai RM250k

Ubisoft yang popular dengan pelbagai permainan video, hari ini turut mengumumkan kerjasama dengan pihak Focal untuk penawaran fon kepala bertemakan Assassin’s Creed Origins, dan pada masa yang sama turut menawarkan variasi yang hadir dengan penambahan emas 18-karat daripada Tournaire.

Melalui kerjasama Ubisoft bersama Focal, mereka menawarkan fon kepala yang dipanggil Assassin’s Creed Origins : Listen Wireless. Ia ditawarkan melalui Ubisoft Store, dan hanya 2,222 unit akan ditawarkan.

Ubisoft Headphone

Fon kepala ini hadir dengan sokongan Bluetooth, serta menawarkan audio berkualiti tinggi melaluinya. Ubisoft mengatakan ia menawarkan masa penggunaan sehingga 20 jam melaluinya. Disamping itu, ia turut menyertakan mikrofon yang boleh memudahkan anda berkomunikasi dengan pemain lain ketika menggunakannya.

Disamping kerjasama dengan Focal, pihak Ubisoft turut mengumumkan kerjasama dengan penjual emas terkemuka, Tournaire. Melaluinya, beberapa unit fon kepala direkabentuk khusus bertemakan Assassin’s Creed akan ditawarkan – dimana ia akan hadir dengan variasi menggunakan emas 18-karat. Sebanyak 10 unit fon kepala mewah ini akan ditawarkan.

Ubisoft Fon Kepala Emas

Assassin’s Creed Origins : Listen Wireless sudah boleh dipra-tempah pada harga €249, sementara versi mewah daripada Tournaire pula berharga mencapai £50,000 iaitu sekitar RM247k.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Ubisoft Hadir Dengan Fon Kepala Bertemakan Assassin’s Creed Pada Harga Mencapai RM250k"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info