Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy Note 8 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 21 September

Apple iPhone X dan 8 tidak memikat hati anda. Mahukan peranti alternatif berkuasa Android yang mempunyai kemampuan hampir sama? Mungkin anda boleh menanti sehingga 21 September ini apabila Samsung Galaxy Note 8 dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Phablet berstylus ini kembali ke pasaran selepas Note 7 terpaksa ditarik semula kerana masalah bateri.

Pada yang berminat Samsung Galaxy Note 8 mempunyai skrin 6.3″ QHD+ HDR SAMOLED, diperkasakan pemproses Exynos 8998, memori sebesar 6GB dan storan sebesar 64GB. Dwi kamera utama 12+12 Megapixel (f/1.7+f/2.4) mempunyai lensa dengan dwi-OIS seperti pada iPhone X dan dipadankan pula dengan kamera selfie 8-Megapixel f/1.7. Peranti yang menggunakan Android 7.1.1 ini turut dilengkapi bateri sebesar 3300 mAh dengan sokongan pengecasan pantas serta tanpa wayar. Samsung Galaxy Note 8 dijual di Malaysia pada harga RM 3999.

Baca – Pandang pertama Samsung Galaxy Note 8



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Note 8 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 21 September"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info