Asus pada bulan lepas telah melancarkan siri telefon pintar Zenfone 4 secara rasminya, dimana sejumlah variasi peranti ditawarkan. Buat masa ini, di Malaysia, Asus telah menawarkan Zenfone 4 Selfie Pro, Zenfone 4 Selfie, dan juga Zenfone 4 Max Pro.
Kini, selain ketiga-tiganya, Asus akan menambah satu lagi penawaran peranti untuk pasaran tempatan, iaitu Asus Zenfone 4. Ia akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM2099 – dan telah mula dipasarkan oleh Asus melalui buku promosi bulanan mereka yang terkini.
Asus Zenfone 4 yang akan dipasarkan bakal menawarkan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip Snapdragon 630, memori 6GB RAM dan ruangan storan 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang yang mengabungkan 12-megapixel dan 8-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel Melengkapkan telefon pintar in adalah penggunaan Android Nougat dengan antaramuka ZenUI 4.0.
Menurut Asus Malaysia, mereka menyasarkan untuk memasarkan telefon pintar ini di Malaysia bermula minggu hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rasmi : Asus Zenfone 4 Berharga RM2099, Di Malaysia Seawal Minggu Hadapan"