Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nintendo NES Classic Akan Kembali Pada Tahun 2018

April alu Nintendo menghentikan pengeluaran konsol Nintendo NES Classic walaupun ia menerima sambutan luar biasa dari peminat. Sebab yang diberikan ialah Nintendo tidak mempunyai kapasiti untuk menghasilkannya dalam jumlah yang besar dan pada waktu yang sama bersedia melancarkan Nintendo Super NES Classic.

NES Classic Edition

Bagi yang terlepas peluang memiliki konsol retro ini anda boleh mula menyimpan wang sekarang kerana ia disahkan akan kembali pada tahun 2018 pada lama rasmi Nintendo. Mereka juga menegaskan lebih banyak Nintendo Super NES Classic akan dihasilkan pada pelancarannya 29 September hadapan bagi mengelakkan penjualan semula di eBay oleh mereka yang ingin mengaut keuntungan melampau.

Nintendo NES Classic dilancarkan dengan 30 permainan terbina dan boleh memainkan katrij asal. Bagi insan tua seperti kami ini konsol yang bertanggungjawab menjadikan kami seorang gamer sekarang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Nintendo NES Classic Akan Kembali Pada Tahun 2018"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info