Lanjutan daripada pengambil-alihan sebahagian daripada pasukan yang membangunkan telefon pintar di HTC oleh Google, kini HTC telah mengeluarkan kenyataan lanjut mengatakan mereka terus komited dalam arena telefon pintar.
HTC mengatakan kini para jurutera mereka sedang membangunkan telefon pintar flagship seterusnya selepas kejayaan HTC U11 pada tahun ini.
Selain daripada telefon pintar, HTC terus akan membangunkan perniagaan VIVE yang memfokuskan kepada ekosistem realiti-maya. HTC turut mengatakan mereka akan turut melabur pada beberapa teknologi baru, termasuk Internet of Things, AR (Augmented Reality) dan juga kecerdasan buatan.
Bersama-sama perjanjian dengan HTC, Google turut dikatakan akan turut melabur di Taiwan dalam menjadikan ia sebagai hab inovasi dan teknologi.
@HTC is here to stay. AMAZING first 20 years, much brighter next 20 years & beyond #TeamHTC #HTCU11 #VIVE #VR @HTCvive
— HTC (@htc) September 21, 2017
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Kekal Komited Dalam Arena Telefon Pintar – Sedang Membangunkan Peranti Utama Seterusnya Selepas U11"